Penyelenggaraan robot tempur darat RC perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik. Bateri perlu dicas sepenuhnya sebelum digunakan dan tidak dibiarkan habis sepenuhnya. Jika bateri kembung atau bocor, ia mesti diganti segera.
Motor dan gear perlu diperiksa agar putarannya lancar. Habuk atau serpihan logam perlu dibersihkan dan pelincir boleh digunakan jika perlu. Tayar dan rangka robot juga perlu disemak supaya tidak longgar atau haus. Skru yang longgar perlu diketatkan, dan robot dibersihkan selepas digunakan.
Sambungan wayar dan litar elektronik harus diperiksa untuk memastikan tiada kerosakan. Jika terdapat sambungan yang longgar atau terputus, ia perlu disolder semula. Kawalan jauh juga perlu diuji bagi memastikan semua fungsi seperti pergerakan dan serangan berfungsi dengan baik.
Jika robot mempunyai sistem serangan, bahagian tersebut perlu bergerak dengan lancar. Komponen yang bengkok atau haus mesti diganti segera. Robot juga perlu dilap bersih selepas digunakan dan disimpan di tempat yang kering.
No comments:
Post a Comment