Wednesday, June 25, 2025

Cara-Cara Mengendalikan Robot Tempur

 



Sebelum mengendalikan robot tempur darat jenis kawalan jauh (RC), pastikan bateri pada robot dan alat kawalan telah dicas sepenuhnya. Pemeriksaan awal sangat penting untuk semak semua sambungan wayar, pastikan struktur robot kukuh, dan uji fungsi asas seperti pergerakan dan sistem serangan (jika ada).

Seterusnya, hidupkan alat kawalan jauh seperti FlySky FS-i6 terlebih dahulu, kemudian hidupkan robot. Pastikan robot berjaya dipadankan (paired) dengan alat kawalan. Periksa bahawa semua channel berfungsi dengan baik termasuk gerakan ke depan, ke belakang, membelok, dan fungsi khas.

Latih diri dengan kawalan asas. Biasanya, joystick kiri mengawal pergerakan maju dan undur, manakala joystick kanan mengawal arah kiri dan kanan. Mulakan kawalan secara perlahan untuk memahami tindak balas robot terhadap input.Lakukan latihan di pelbagai jenis permukaan seperti simen, rumput, atau pasir. Ini membantu menguji kestabilan robot dan membiasakan diri dengan kawalan. Jika robot mempunyai sistem serangan seperti cakar atau bilah pusing, uji secara selamat dan pastikan ia boleh dikawal dengan tepat. Jangan aktifkan fungsi serangan ketika tangan atau orang berada berhampiran robot.

Semasa pertandingan, pengendali perlu bijak mengimbangi antara menyerang dan mengelak. Elakkan menghentam dinding atau robot lain dengan terlalu kuat kerana boleh merosakkan sistem sendiri. Sentiasa peka dengan posisi robot dan bersedia memberi respons pantas terhadap pergerakan lawan.


No comments:

Post a Comment

Pengenalan terhadap Robot Tempur

  Gambar di atas memaparkan sebuah robot tempur darat yang digunakan dalam pertandingan ROFA Robotics Competition (RICOM 2025). Robot ini di...